Kisah Si Merah

si-merah2

Merah

Kisah si Merah bermula setelah dia membuat keputusan untuk keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan memantapkan lagi jati dirinya. Pengembaraannya meliputi segenap pelusuk Bumi Prima Liga.

Kini, setelah hampir 3 purnama si Merah mengembara, dia sudah banyak menempuh pelbagai halangan dan rintangan yang berbentuk pertarungan. Hampir 19 pertarungan si Merah alami dan hanya sekali sahaja dia tercedera. Kecederaan yang dialami bolehlah dianggap sebagai satu kekalahan baginya. Musuh yang mengalahkannya itu dikenali sebagai si Taji. Namun, si Merah takkan mudah menyerah kalah begitu sahaja. Ia menjadi satu pengalaman yang berguna buat dirinya. Si Merah perlu sedar bahawa, memang sudah menjadi lumrah pertarungan, ada kalah menangnya. Sesiapa yang lebih bersedia terutama dari segi strateginya mempunya kelebihan. Oleh yang demikian, si Merah tekad meneruskan pengembaraannya dengan lebih bersedia. Sesiapa sahaja musuh yang akan datang mencabarnya takkan dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya.

Tidak terduga olehnya, rupa-rupanya dia mempunyai ramai musuh yang mencemburuinya mungkin kerana kehebatannya dalam medan pertarungan. Berita tentang kehebatannya mungkin telah tersebar ke seluruh pelusuk Bumi Prima Liga, atau mungkin satu dunia mengetahuinya.

Malam ini si Merah mengambil keputusan untuk berehat sebentar untuk menghilangkan rasa penatnya. Tanpa disedari, si Merah rupa-rupanya berada di kawasan musuh yang pernah menewaskannya dulu. Belum sempat si Merah berehat, dia telah didatangi oleh si Taji dan kuncu-kuncunya. Si Taji memang tidak suka kawasannya diceroboh. Apalagi, si Merah yang masih dalam keletihan itu diserang bertalu-talu oleh Si Taji bersama kuncu-kuncunya. Berlakulah pertarungan yang sengit antara kedua-dua pihak. Nasib si Merah kurang baik kerana sekali lagi dia tercedera. Namun, dia sempat meloloskan diri daripada dibunuh oleh si Taji yang bengis itu. Si Merah perlu mencari tempat perlindungan yang lebih selamat untuk mengembalikan keringat serta semangatnya. Dia sedar masih banyak kekurangan pada dirinya. Dia perlu lebih banyak bersabar dan barlatih lagi.

liverbutton1zulfyizan

Advertisements

1 Komen

  1. I am genuinely grateful to the holder of this website who has shared this wonderful artiicle at at this time.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s