Insaflah…

Sepi benar senja ini…Bayunya semilir, menganak ombak kecil…Jalur ufuk pula mengemas terang…Kapal dan layar terkapar…

Mengapa nantikan senja…Barukan terdetik, pulang ke pengkalan…Gusar malam menghampiri…Ku tewas di lautan…

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu…Tuntuniku menggapai redhaMu…Rimbunan kasihMu ku berteduh…KepadaMu ya Tuhan…

Berikan secebis keinsafan…Bekalan sepanjang perjalanan…Mencari ketenangan…

Biar Kau menjadi saksi…Tulus tangisku kala dini hari…Kesempatan yang hanya sebentar…Moga keikhlasanku terlakar…

Berikanlah ku hidayah…Agar dikuatkan iman yang lemah…Moga diberkati hidup ini…Menuju bahagia yang kekal abadi…

PadaMu Tuhan…Kan kuserahkan cinta kepadaMu…

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu…Tuntuniku menggapai redhaMu…Rimbunan kasihMu ku berteduh…KepadaMu ya Tuhan…

Berikan secebis keinsafan…Bekalan sepanjang perjalanan…Mencari ketenangan…

Biar Kau menjadi saksi…Tulus tangisku kala dini hari…Kesempatan yang hanya sebentar…Moga keikhlasanku terlakar…

Berikanlah ku hidayah…Agar dikuatkan iman yang lemah…Moga diberkati hidup ini…Menuju bahagia yang kekal abadi…

Harapanku moga dikurniakan…Manisnya iman berpanjangan…Moga lautan hilang gelora…Untukku belayar…

:: Sesungguhnya kita memang mengharapkan hidayah daripada Allah s.w.t utk kita mengharungi kehidupan di dunia yang walaupun sementara ini tetapi penuh dengan ranjau duri dan dugaan yang perlu kita tempuhi…Semoga iman kita yang lemah ini dapat diperkuatkan dan mudah-mudahan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t hidup di dunia ini dan bahagia di akhirat yang kekal abadi nnt ::

Euro 2008

Kebetulan bulan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat bolasepak terutama kerana Euro 2008 telah kembali setelah 4 thn lepas diadakan di Portugal iaitu Euro 2004 yang dimenangi oleh psukan dari negara Greece. Kini, Euro 2008 dianjurkan secara bersama oleh 2 negara yang berjiran iaitu Austria dan Switzerland.

euro2008

Saya juga berkesempatan untuk menyaksikannya di TV3 mahupun di kedai-kedai mamak yang rata-rata menjadi tempat pilihan oleh peminat-peminat bolasepak bukan sahaja kerana adanya teh tarik tetapi kerana adanya skrin besar serta penyokong -penyokong lain yang datang menyokong pasukan pilihan mereka beraksi mahupun sekadar melihat sahaja.

Di Malaysia, secara umumnya rakyat di negara ini lebih meminati kelab-kelab bolasepak dalam liga yang berpengkalan di England atau lebih dikenali sebagai EPL. Kebiasaannya, pasukan England akan turut serta dalam saingan di peringkat Euro ini, tetapi malang menimpa mereka kerana gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2008 ini. Saya percaya, walaupun pasukan kegemaran kita bukannya England, tetapi dari segi ke’familiar’an, pemain-pemain dari negara England lebih dikenali oleh mereka.

Kali ini, stesyen televisyen di Malaysia yang memaparkan siaran secara langsung adalah TV3 dan NTV7. Namun, hanya satu permainan sahaja dipilih setiap hari kerana mungkin mereka hendak menghadkan kos penyiaran. Oleh itu, alternatif lain bagi peminat2 bolasepak ini adalah dengan menyaksikannya di Astro atau pun keluar ke restoran-restoran yang mempunyai Astro terutama sekali restoran mamak.

Disebalik kemeriahan Euro 2008 ini, cuba kita teliti kembali dari mana asalnya permainan bolasepak ini. Bagaimana ia menjadi begitu popular pada hari ini sehinggakan permainan ini yang dulunya hanya diminati oleh kaum adam sahaja kini turut diminati oleh kaum hawa. Apakah rahsia di sebalik bolasepak ini yang boleh diteliti serta diadaptasi dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelbagai analogi boleh kita cipta berdasarkan permainan bolasepak ini seperti matlamatnya untuk menjaringkan gol yang perlu melalui berbagai mehnah dan tribulasi dr pihak lawan dgn menggunakan beberapa strategi dan taktik terlebih dahulu. Begitulah juga dgn hidup kita di dunia ini yang mana kita perlu menempuhi mehnah dan tribulasi kehidupan di samping mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk di bawa ke dunia yg sebenarnya nnt.

Pelbagai lagi pengajaran yg berguna dapat kita perolehi jika kita memikirkan apa yang berlaku pada setiap kejadian yang berlaku di dunia ini yang hakikatnya daripada Allah s.w.t. Teringat saya semasa menghadiri usrah yang lepas ada mengupas petikan di dalam buku Fathi Yakan yang popular iaitu ‘Mengapa saya perlu menganut agama Islam’ yang juga menyatakan tentang perlunya kita memikirkan setiap kejadian yang Allah s.w.t ciptakan bukannya memikirkan apanya rupa bentuk atau zat Allah s.w.t. Setiap kejadian Allah s.w.t di dunia ini ada hikmahnya dan rahsia2 nya perlulah kita sendiri yang merenung-renung dan memikirkannya. Semoga kita sama2 mendapat hidayah dan taufik daripada Allah s.w.t.