Liverpool vs. West Ham

Liverpool vs West Ham
2 December; 4pg KO | Anfield | Premier League

Jarang sekali Liverpool bermain pada Isnin malam (waktu UK) memandangkan pasukan premiere league yang lain sudah bermain untuk minggu ini dan merupakan ujian untuk perebutan kejuaraan liga lebih-lebih lagi menjadi tuan rumah dan akan bermain pada waktu malam yang dingin sekali.

Kunjungan West Ham ke Anfield kali ini dengan membawa semangat kemenangan ke atas Sunderland di Stadium of Light minggu lepas yang merupakan kemenangan pertama dalam 8 perlawanan terdahulu, dan tekanan masih terasa bagi pengurus barunya Gianfranco Zola kerana pasukannya kini berada hampir dengan zon penyingkiran.

Liverpool dilihat akan meningkatkan prestasinya selepas persembahan yang kurang meyakinkan di hadapan The Kop semasa seri tanpa jaringan dengan Fulham Sabtu lepas, dan kemenangan tipis ke atas Marseille pada perlawanan Champions League.

Pada season lepas the Reds menang dengan jaringan besar iaitu 4-0, terima kasih kepada jaringan oleh Steven Gerrard and Fernando Torres.

Namun, pada perlawanan ini Torres tidak dapat bermain kerana menerima kecederaan hamstring semasa menang dengan Maseille Rabu lepas, begitu juga Aurelio. Rafa Benitez akan berharap kepada kapten pasukan, Gerrard yang akan kembali bermain untuk liga ini bersama-sama dengan Kuyt dan Keane untuk mencipta gol seterusnya kemenangan yang berharga buat Liverpool.

Sepak mula pada 4:00 pagi Selasa, siaran langsung di astro ESPN.
liverbutton1zulfyizan : sumber drp www.thisisanfield.com

No Comments Yet

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan komen