Bolton vs Liverpool
Sat. 15th Nov, 8:45mlm | Reebok Stadium | Premier League 
Selepas kekalahan dengan Tottenham pada pertandingan Carling Cup pagi Khamis lepas, tiba masanya Liverpool beraksi dalam liga dan akan berkunjung ke Reebok Stadium untuk berdepan dengan Bolton Wanderers.
Setelah membuat 10 pertukaran pada perlawanan yang kalah dengan Spurs’ tersebut, pasukan Rafa Benitez akan kembali bersemangat untuk berlawan pada perlawanan liga yang telah lama tidak dimenangi.
Pada season yang lepas, pasukan ‘the Reds’ mencatatkan rekod kemengan pertama di bawah kendalian Benitez di Reebok, dengan kemenangan 3-1 hasil jaringan oleh Gerard, Babel dan Aurelio, keputusan sama yang perlu dicari selepas kekalahan dengan Spurs.
Benitez mengahadapi masalah untuk memilih bek kanan kerana Alvaro Arbeloa digantung 1 perlawanan selepas mendapat 5 kad kuning pada season ini dan penggantinya pula Philipp Degen cedera semasa perlawanan dengan Spurs dan menyebabkannya rehat selama sebulan. Benitez perlu menetapkan samada meletakkan pemain muda Stephen Darby untuk beraksi pada perlawanan liga sulungnya atau Jamie Carragher akan bertindak sebagai bek kanan – seperti yang dia lakukan pada perlawanan dengan Bolton pada seosan lepas – bermakna Hyypia dan Agger akan bergandingan di posisi bek tengah.
Pilihan lain yang boleh dibuat oleh Benitez adalah dengan menggunakan 3 pemain bek dengan Dirk Kuyt sebagai bek sayap kanan. Benitez sememangnya mahu Carragher berada di posisi bek tengah, terutama sekali selepas aksi buruk di Spurs. Seorang lagi pemain yang pasti beraksi adalah Fabio Aurelio yang menggantikan Dossena.
Skuad Kemungkinan: Reina, Darby, Carragher, Agger, Aurelio, Gerrard, Alonso, Mascherano, Riera, Kuyt, Torres, Keane, Cavalieri, Hyypia, Benayoun, Babel, Lucas, Dossena, El Zhar.
Sepak mula pada 8:45malam, siaran langsung di astro ESPN.
zulfyizan : sumber drp www.thisisanfield.com
No Comments Yet
Tiada komen.
RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik
Tinggalkan komen
